BANGKOK, 27 JULAI – Kompleks Hutan Kaeng Krachan di Thailand yang luas hari ini diiktiraf dalam Senarai Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Pengiktirafan diperolehi meskipun amaran mengenai pelanggaran hak asasi manusia terhadap orang asli di kawasan itu oleh kumpulan pakar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Kompleks di barat Thailand itu kaya dengan kepelbagaian biodiversiti, termasuk spesies terancam, buaya Siam, kata UNESCO dalam pengumuman berkaitan penyenaraian itu.
Kompleks Hutan Kaeng Krachan merupakan penempatan komuniti Orang Asli dari etnik Karen yang sudah lama mendakwa kerajaan Thailand menggunakan kekerasan dan ugutan untuk memaksa mereka keluar dari tanah berkenaan.
Thailand sudah pun melobi bertahun-tahun lamanya bagi mendapatkan status Warisan Dunia kompleks itu, dengan Menteri Alam Sekitarnya, Varawut-Silpa-archa memuji penyenaraian UNESCO itu.
Sebelum ini, pakar PBB menggesa jawatankuasa UNESCO menangguhkan keputusan itu sehingga satu lawatan oleh pemerhati bebas dijalankan dan kebimbangan mengenai hak penduduk asli ditangani sepenuhnya. – AFP