Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi
TEMBURONG, 28 Mei – Taman Perayaan Daerah Temburong kini berwajah baru dengan mempunyai Taman Permainan Kanak-kanak baharu yang disumbangkan oleh China State Construction Engineering Corporation Ltd (CSCEC).
Majlis perasmiannya berlangsung di kawasan Taman Perayaan, Pekan Bangar, di sini, baru-baru ini dan disempurnakan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Yang Jian dan Pegawai Daerah Temburong, Awang Muhammad Amir Hairil bin Haji Mahmud serta wakil CSCEC, Huang Ke Qi.
Turut hadir pegawai-pegawai kanan kerajaan, ketua-ketua kampung serta pegawai dan kakitangan CSCEC.
Majlis diselajurkan dengan penyerahan sumbangan daripada wakil CSCEC berupa alat-alat permainan kanak-kanak kepada Pegawai Daerah Temburong untuk diagih-agihkan kepada sekolah-sekolah di daerah ini.