Taman permainan dunia sunyi di tengah wabak

NEW YORK, 23 APRIL – Pada kebiasaannya kedengaran ketawa kegembiraan kanak-kanak di mana kini hanya kicauan burung yang didengar, atau mungkin sebuah kereta memecut laju di jalan raya.

Seperti tempat awam lain yang telah kosong, taman permainan di seluruh dunia menjadi sunyi dan terbengkalai kerana wabak koronavirus (COVID-19).

Dari Moscow ke Mumbai, taman permainan kanak-kanak dan kotak pasir kelihatan terbiar dan tidak digunakan serta ditutup dengan pita yang bertulis larangan berhati-hati, dipasang pagar sementara dan tanda- pengumuman penutupan sementara.

Di Caracas, Venezuela, seorang lelaki tidur di bangku yang sering kali digunakan oleh ibu bapa untuk duduk sambil memerhatikan anak kecil mereka bermain, berlari bersama rakan-rakannya.

Di Budapest, Hungary, taman permainan yang dikelilingi oleh pita larangan plastik kuning ditutupi salji dari ribut awal musim bunga dan di Santiago, Chile, rantai ayunan diikat bersama agar tidak digunakan.

Kanak-kanak dipercayai memainkan peranan penting dalam penularan virus tersebut, walaupun mereka jarang jatuh sakit atau dijangkiti.

Di Sepanyol kanak-kanak semua berada di bawah perintah pengurungan selama beberapa minggu, walaupun pemerintah mereka mengizinkan mereka keluar untuk jangka waktu pendek setiap hari mulai 27 April ketika negara itu perlahan-lahan pulih daripada wabak tersebut. – AP