Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taman Permainan Jerudong dibuka 5 hari seminggu

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Dis – Bersempena dengan Pesta Disember Brunei, Taman Permainan Jerudong (JP) akan dibuka lima hari seminggu dalam bulan ini.

    Taman tersebut akan dibuka pada Rabu di mana pada Rabu ia akan mula dibuka dari jam 4 petang hingga 11 malam, manakala Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad ia akan dibuka seperti biasa.

    Selain tambahan hari operasi, pihak pengurusan turut menawarkan tiket kemasukan harga rendah yang termasuk enam permainan iaitu GoPo Train, Mini Golf, JP Town, Kids Indoor Adventure Playground dan dua permainan misteri yang didedahkan setiap Sabtu.

    Jika pengunjung membeli lebih daripada nilai $40 tiket JP, pelanggan boleh menuntut baucar diskaun 5 peratus daripada Samima Sdn Bhd.

    Tambahan lagi, JP juga mengelolakan malam wayang pada setiap Sabtu iaitu 2, 16, 23 dan 30 Disember secara terbuka. Pada Disember ini juga akan diadakan Karnival DST bertempat di JP Colonnade dan Brunei Autofest di JP Open Court.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda