Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taman tegak terbesar di dunia

    EDIFICIO Santalaia, sebuah bangunan yang dilitupi oleh tumbuhan di tengah Bogota, Colombia, dianggap sebagai salah satu taman bandar paling menakjubkan yang pernah diwujudkan. Dengan lebih 33,000 kaki persegi tumbuhan meliputi 11 tingkat bangunan, ia adalah taman tegak terbesar di dunia.

    Hasil kerjasama di antara pereka taman hijau Sepanyol Paisajismo Urbano dan syarikat Colombia Groncol, taman tegak menakjubkan ini siap dibina pada Disember 2015, selepas perancangan selama lapan bulan, dan lapan bulan lagi kerja keras. Hari ini, ia sering dirujuk sebagai ‘nadi hijau Bogota’, dan berfungsi sebagai ikon kemampanan serta peringatan tentang peranan penting yang dimainkan oleh tumbuhan dalam kehidupan harian mereka.

    Taman tegak terbesar di dunia ini terdiri daripada 10 spesis, 115,000 tumbuh-tumbuhan dan 5 keluarga berlainan, dipilih oleh Ignacio Solano, ketua Paisajismo Urbano, dan kumpulannya, ketika satu ekspedisi ke hutan hujan Choco Colombia. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan, seperti cara tanaman berkenaan tumbuh dan berinteraksi, dan juga cara monokromatiknya ke seluruh bangunan tersebut.

    “Pemilihan spesis adalah penting dalam jenis taman ini, memandangkan biodiversiti dalam ekosistem taman tegak membenarkan interaksi di antara spesis yang membentuknya, baik tumbuh-tumbuhan mahupun mikroorganisme,” kata Solano. “Kawasan permukaan yang besar adalah suatu masalah tambahan berbanding dengan taman tegak lain, sejak ia melibatkan penggunaan jumlah tanaman yang lebih besar.”

    Namun mungkin cabaran terbesar yang dihadapi oleh Solano dan rakan usaha samanya adalah sistem penyaliran yang diperlukan untuk mengekal kesemua tanaman hidup di pusat bandar itu. Kepelbagaian spesis yang dipilih untuk mewujudkan taman mengagumkan ini menjadikan penyelarasan had bahan kimia air dan nutrien yang terkandung satu syarat penting. Paisajismo Urbano pada akhirnya menggunakan sistem paten yang terdiri daripada lebih 40 sektor penyaliran yang dikawal secara automatik mengikut kelembapan dan radiasi solar. Sistem itu juga bertujuan memproses semula kesemua air yang tinggal yang mengalir menerusi dinding Edificio Santalaia, serta air buangan daripada penghuni manusia.

    Pembinaan taman tegak terbesar di dunia bukan sahaja mengenai estetik atau hanya memberi satu mesej. 115,000 tanaman yang hidup di dinding Edificiao Santalaia mempunyai tujuan lebih besar, menurut Paisajismo Urbano. “Taman tegak sebesar saiz ini berupaya menghasilkan oksigen yang diperlukan oleh lebih daripada 3,100 orang setiap tahun, memproses kira-kira 775 kilogram logam berat, menapis lebih 2,000 tan gas berbahaya dan memerangkap lebih daripada 400 kilogram debu,” kata laman web mereka.

    115,000 tanaman tersebut mengganti penggunaan karbon untuk 700 orang, dan memastikan pembersihan udara untuk pengeluaran PMM 745 buah kereta. Tumbuh-tumbuhan subur berkenaan juga berfungsi sebagai penebat semula jadi untuk bangunan, mengurangkan suhu di dalam ketika bulan-bulan musim panas dan mengurangkan penggunaan penyaman udara. Bayangkan jika kita semua mempunyai beratus bangunan hidup yang cantik seumpama ini di bandar paling sibuk di seluruh dunia.

    Dengan lebih 33,000 kaki persegi tumbuhan meliputi 11 tingkat bangunan, ia adalah taman tegak terbesar di dunia.
    Dengan lebih 33,000 kaki persegi tumbuhan meliputi 11 tingkat bangunan, ia adalah taman tegak terbesar di dunia.
    Edificio Santalaia adalah sebuah bangunan yang dilitupi oleh tumbuhan di tengah Bogota, Colombia, dianggap sebagai salah satu taman bandar paling menakjubkan yang pernah diwujudkan.
    Edificio Santalaia adalah sebuah bangunan yang dilitupi oleh tumbuhan di tengah Bogota, Colombia, dianggap sebagai salah satu taman bandar paling menakjubkan yang pernah diwujudkan.

    Hasil kerjasama di antara pereka taman hijau Sepanyol Paisajismo Urbano dan syarikat Colombia Groncol, taman tegak menakjubkan ini siap dibina pada Disember 2015, selepas perancangan selama lapan bulan.

    Taman tegak mega ini berupaya menghasilkan oksigen yang diperlukan oleh lebih daripada 3,100 orang setiap tahun, memproses kira-kira 775 kilogram logam berat, menapis lebih 2,000 tan gas berbahaya dan memerangkap lebih daripada 400 kilogram debu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda