Thursday, December 5, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taman tema Perancis dijangka ditutup

    MARSEILLE, 4 DIS – Sebuah taman tema Perancis berkata hari ini ia akan ditutup awal tahun depan berikutan undang-undang 2021 yang mengharamkan pertunjukan menampilkan mamalia marin, termasuk dua ekor orca.

    Aktivis haiwan berang dengan rancangan Marineland untuk memindahkan dua ekor ikan pausnya ke Jepun, di mana Menteri Ekologi Perancis, Agnes Pannier-Runacher, berkata beliau menentang undang-undang kebajikan haiwan Tokyo yang tidak ketat.

    Marineland dilanda kontroversi Mac lalu selepas dua ekor orcanya mati dalam tempoh lima bulan.

    Taman yang berhampiran Antibes di Riviera Perancis itu, mempunyai kira-kira 4,000 haiwan daripada 150 spesies berbeza. Tetapi bilangan pengunjung telah menurun daripada 1.2 juta setahun kepada hanya 425,000 sepanjang tahun yang lalu.

    “Pengharaman pertunjukan cetacean berdasarkan Undang-undang November 2021 bermakna Marineland perlu menjangkakan penutupan ini pada Januari 2025,” kata taman itu, sambil menambah 90 peratus pengunjungnya hadir untuk persembahan orca dan ikan lumba-lumba.

    Marineland mempunyai masa sehingga Disember 2026 untuk berpisah dengan dua ekor ikan pausnya, Keijo dan Wikie.

    “Keutamaan adalah untuk memindahkan semua haiwan ke kemudahan terbaik yang ada sekarang,” tambah taman itu.

    Tetapi perpindahan yang dirancang bagi dua ekor orca terakhirnya – kedua-duanya membiak dalam kolam – ke Jepun tidak boleh diterima, kata, Agnes Pannier-Runacher kepada radio Franceinfo bulan lalu.

    “Di Jepun, tidak ada peraturan yang meluas mengenai kebajikan haiwan,” katanya. – AFP

    Gambar fail bertarikh 30 Mei 2013 menunjukkan seekor orca semasa pertunjukan di taman tema haiwan Marineland. – AFP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda