Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Taman Yellowstone dilanda banjir, penduduk terkandas

    LOS ANGELES, 15 JUN – Yellowstone, salah sebuah taman negara yang paling terkenal di Amerika Syarikat, telah ditutup disebabkan banjir dan tanah susur yang memutuskan laluan jalan raya sekali gus menyebabkan beberapa komuniti terkandas.

    Semua pintu masuk ke taman itu kekal ditutup kelmarin, dengan renjer memberi amaran tentang keadaan yang sangat berbahaya disebabkan oleh sungai yang deras dan hujan lebat.

    Gambar dan rakaman video yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Taman Negara menunjukkan sebahagian besar jalan berturap telah ditenggelami oleh Sungai Gardner iaitu salah satu daripada beberapa laluan air yang melalui taman besar di Wyoming.

    Sementara itu, rakaman yang turut disiarkan di CNN juga menunjukkan sebuah rumah kayu yang ditenggelami sungai.

    “Disebabkan rekod kejadian banjir di taman dan lebih banyak turunan air hujan dalam ramalan, kami telah membuat keputusan untuk menutup Yellowstone kepada semua pelawat,” kata penguasa Yellowstone, Cam Sholly pada Isnin lalu.

    “Keutamaan pertama kami adalah untuk mengosongkan bahagian utara taman di mana kami berdepan pelbagai kerosakan jalan dan jambatan, tanah runtuh serta isu-isu lain.

    “Kami belum mengetahui bilakah pembukaan semula taman akan bermula sehingga air banjir surut dan kami dapat menilai kerosakan di seluruh taman,” tambahnya.

    Kawasan barat laut Amerika Syarikat itu telah menyaksikan hujan lebih lebat daripada biasa sejak beberapa minggu lalu.

    Manakala itu, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan turut berkata, bencana tersebut ialah hasil gabungan dengan pencairan pantas salji yang dicetuskan oleh suhu tinggi dan telah menyebabkan banjir kilat. – AFP

    Gambar menunjukkan jalan yang rosak akibat air sungai yang deras di Jalan Masuk Utara, Taman Negara Yellowstone, Gardiner pada 13 Jun 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...