Pelakon Tamara Tyasmara tidak dapat menahan perasaan marah ketika bertentang empat mata dengan bekas teman lelakinya iaitu Yudha Arfandi buat pertama kali selepas lelaki itu ditahan atas dakwaan membunuh anaknya pada 29 Januari lalu.
Tamara, 29, berkata, berjumpa dengan Yudha ketika tertuduh dibawa ke lokasi tempat pembunuhan kanak-kanak malang tersebut bagi tujuan melakonkan semula kejadian.
Bagaimanapun kata Tamara, dia hanya mampu menahan marah kerana Yudha ketika itu dikawal ketat oleh pihak berkuasa, dedah mStar.
“Saya rasa mahu benamkan kepala dia. Biar dia tahu bagaimana rasanya.
“Adakah dia masih boleh hidup kalau dia berada ditempat Dante.
“Kepala saya sakit seperti menahan sesuatu. Saya sampai tak boleh bercakap, semuanya kena tahan,” katanya.
Tamara memberitahu dia juga menghormati tugas polis dan enggan menimbulkan kekecohan meskipun dia cuba mendekati Yudha untuk meluahkan rasa geram.
“Saya cuba mendekati Yudha ketika itu namun ditarik semula agar tidak menghampiri kawasan berkenaan,” ujarnya. – Agensi
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/03/P18-D-mStar_13032024.jpg)