Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Tambah laluan, bilangan dan kekerapan bas awam

    Saya merupakan seorang penduduk tetap di Negara Brunei Darussalam. Walaupun mempunyai kenderaan sendiri, saya gemar menaiki bas pada waktu lapang.

    Dengan menaiki pengangkutan awam, saya dapat berkenalan dengan ‘orang biasa-biasa’.

    Baru-baru ini, semasa saya bersiar-siar menaiki bas, saya sempat berkenalan dengan Haji MH. Dia merupakan rakyat jati Brunei. Saya perhatikan dirinya penuh dengan peluh, baju yang dipakainya lusuh, kasutnya kusam, dia kelihatan penat. Jam menunjukkan pukul 5 lebih.

    Saya bertanyakan kepada Haji MH, dia mahu ke mana? Dia menjawab, dia baru habis kerja dan perlu bergegas untuk menaiki bas kerana bas ini adalah bas yang terakhir. Maka sebab itulah dia bermandi peluh. Pada usia lanjut dan tiada keluarga, Haji MH perlu bekerja untuk menyara hidupnya sendiri.Bas awam merupakan harapannya berulang-alik ke tempat kerja.

    Katanya, dia perlu berjalan kaki lagi selama lebih 30 minit untuk sampai di hadapan rumahnya.

    Melihat orang tua seusia ibu bapa saya bercakap sedemikian rupa, betul-betul memilukan hati saya. Saya harap syarikat bas mempertimbangkan menambah laluan dan lanjutkan waktu operasi mereka sehingga 8 malam atau lebih.

    Ana prihatin

    Tidak mustahil lebih ramai rakyat Brunei akan menggunakan pengangkutan awam jika ia lebih efisien. – Agensi

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...