Monday, March 31, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tambah pengetahuan ilmu munakahat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Kira-kira 40 orang pegawai dan kakitangan kerajaan Bahagian II ke bawah yang telah dicalonkan oleh setiap kementerian kerajaan menyertai Kursus Pengukuhan Islam Fiqh Al-Munakahat (Pernikahan) yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini.

    Kursus yang diadakan oleh Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui, Bahagian Penyebaran Dakwah (Kursus) itu berlangsung di Bilik Mau’izah, Bangunan Darul Huda, PDI.

    Kursus berkenaan merupakan salah satu rancangan tahunan Bahagian Penyebaran Dakwah, PDI yang antara lain berobjektif untuk memantapkan lagi iImu munakahat dengan memberikan penerangan yang lebih mendalam mengenai asas-asas ilmu tersebut.

    Antara tajuk yang akan dibincangkan sepanjang kursus adalah tentang melamar atau meminang, perkahwinan menurut Islam, penceraian, idah dan rujuk.

    Kursus dikendalikan oleh Haji Imahararn bin Haji Metali bagi peserta lelaki manakala itu, Dayang Siti Norilham Nizah Ayu binti Haji Mohd Zahari bagi peserta perempuan.

    Dengan adanya kursus berkenaan, PDI berharap para peserta akan dapat meningkatkan kefahaman, mengulang kaji pengetahuan yang sedia ada, agar ia dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan menghayati ajaran Islam dengan penuh keyakinan serta ketakwaan kepada Allah SWT.

    Antara yang hadir semasa kursus tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda