Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Sept – Restoran Seasons hari ini, telah mengadakan kelas masakan bersempena dengan Promosi Taste of Thailand 2018 yang diadakan Pusat Bahagia, Pulaie.
Seramai 10 orang pelajar Pusat Bahagia telah menyertai kelas tersebut yang telah dipimpin oleh Cef Wardah.
Kelas yang diadakan ini merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) restoran berkenaan yang bertujuan untuk menghasilkan kesan positif terhadap masyarakat Brunei di samping mewujudkan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara para pelajar yang bekeperluan khas melalui perkongsian dan pengetahuan dalam kelas memasak.