Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tambahan waktu operasi pos kawalan darat

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 SEPT – Mulai 15 September, pos-pos kawalan imigresen bagi laluan darat iaitu Pos Kawalan Imigresen Sementara Kuala Lurah, Daerah Brunei dan Muara, Kompleks Kawalan, Pemeriksaan Ujung Jalan dan Pos Kawalan Imigresen Sementara Labu, Temburong serta Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh, Kuala Belait akan beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 8 malam.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) menyatakan bahawa pengemaskinian waktu operasi berkenaan adalah merujuk kepada kenyataan media Jawatankuasa Pandu COVID-19 pada 12 September lalu, mengenai pengemaskinian sukat-sukat langkah pengawalan COVID dan syarat-syarat perjalanan keluar dan masuk negara.

    Dalam hubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk membuat perjalanan ke luar negara melalui jalan darat hendaklah memastikan dokumen perjalanan dalam keadaan baik, mempunyai tempoh sah laku sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mansuh dan mempunyai ruang mencukupi untuk mengelakkan sebarang masalah serta kesulitan semasa membuat urusan perjalanan ke luar negara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda