KUALA LUMPUR, 2 OGOS – Malindo Air memperkenalkan kategori tambang kelas perniagaan baharu menerusi pilihan Kelas Perniagaan Flexi dan Kelas Perniagaan Promo.
Menurut syarikat itu, Kelas Perniagaan Flexi mengekalkan ciri tambang penuh manakala Kelas Perniagaan Promo sesuai untuk mereka yang mahu terbang dalam kelas perniagaan pada harga lebih rendah.
“Kedua-dua kategori tambang kelas perniagaan itu menawarkan elaun bagasi berdaftar selain sehingga dua bagasi kabin dengan maksimum berat 10 kilogram (kg). – Bernama