Oleh Daniel Lim
BELAIT, 1 SEPT – Sebagai usaha mengetengahkan bakat para pelajar terutamanya dalam bidang seni, Jabatan Seni, Sekolah St Margaret telah mengadakan Pameran dan Pertandingan Seni yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan, kelmarin.
Pertandingan dan pameran itu menggalakkan murid untuk melukis pelbagai subjek dan gaya bagi merangsang kreativiti dan imaginasi.
Dengan tema ‘Setiap Kanak-kanak adalah Artis’, acara itu bukan sahaja menggalakkan para pelajar untuk menunjuk-kan kreativiti dan imaginasi menerusi seni malah memberi aspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk mengikuti langkah mengatasi hasil seni para peserta, pada masa yang sama menanai rasa cinta dan penghargaan terhadap seni.
Hadir menyaksikan pameran dan menyampaikan hadiah-hadiah berupa peralatan sekolah tajaan Bismi dan sijil kepada para pemenang ialah Pengetua Sekolah St Margaret, Liew Yong Kim yang diiringi oleh Timbalan Pengetua, Suresh Babu.
Turut hadir ialah ibu bapa dan penjaga daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah St Margaret.
Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah khas kepada salah seorang pelajar sekolah itu, Deepika K sebagai penghargaan atas prestasi cemerlang dalam Pesta Enikki Kanak-kanak Asia Mitusibishi 2017 serta sumbangannya kepada pameran seni itu.
Sebelum pertandingan dan pameran berkenaan, para peserta membuat persediaan dengan mengikuti bengkel yang diadakan setiap Jumaat di mana mereka bukan sahaja mengasah teknik melukis malah menyiapkan karya seni yang dipamerkan semasa pameran tersebut.
