Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tamu popular jual hasil tempatan

    Oleh Achong Tanjong

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Okt – Tamu Kianggeh di ibu negara merupakan salah satu pasar terbuka yang popular di negara ini yang menerima respons menggalakkan daripada orang ramai yang mencari hasil tempatan seperti hasil hutan termasuk pucuk rebung, lamiding, ulam, ubi manis tempatan dan banyak lagi.

    Pasar berkenaan juga menjual buah-buahan dan sayur tempatan yang segar, ikan segar, ikan bakar seperti tahai dan ayam itik hidup serta kraf tangan tradisional.

    Pasar yang lebih dikenali sebagai tamu itu diadakan setiap minggu pada pagi Jumaat hingga tengah hari bagi peniaga sementara yang mendirikan gerai di luar bangunan tamu berkenaan, manakala itu, ia dibuka sehingga petang bagi peniaga tetap yang menyewa di dalam bangunan.

    Setiap Jumaat, tamu berkenaan akan menyaksikan jumlah besar pengunjung yang membeli pelbagai hasil hutan tempatan yang sukar didapati di tempat-tempat lain.

    Selain itu, terdapat pengusaha yang menjual pelbagai jenis kraf tangan tempatan yang menjadi tempat popular bagi kalangan pelancong membeli cenderamata.

    Tamu berkenaan bukan sahaja popular dalam kalangan penduduk tempatan malahan orang asing yang ingin menikmati hidangan tempatan.

    Pelbagai jenis sayur-sayuran yang dijual di Tamu Kianggeh.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda