Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tamu Ria Hari Keluarga rapatkan silaturahim

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Jerudong ‘B’ dan MPK Jerudong ‘A’ dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara mengadakan Tamu Ria Hari Keluarga bertempat di Pantai Siandang, Jerudong, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan merasmikan acara tersebut ialah Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, Ketua Kampung Putat.

    Tamu Ria Hari Keluarga akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 10 Ogos 2025, dengan pelbagai aktiviti diatur bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama penduduk.

    Hari kemuncak pada 10 Ogos akan menyaksikan penganjuran Sukan Ria Berkeluarga, bertepatan dengan tema sambutan “Keluargaku Harapanku”.

    Selain itu, pelbagai gerai jualan makanan dan minuman turut memeriahkan suasana sepanjang acara, sekali gus memberi peluang kepada penduduk setempat dan pengunjung menikmati pelbagai juadah sambil beriadah di pantai.

    Semua di atas: Antara suasana semasa acara berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda