Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanah runtuh: 6 maut, seorang cedera

    YANGON, 5 Jan – Enam orang terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam insiden tanah runtuh berhampiran sebuah lombong jed di Kachin, Myanmar, menurut Kementerian Penerangan hari ini.

    Agensi berita Xinhua melaporkan kejadian yang berlaku pada jam 3.30 petang semalam, berpunca dari runtuhan sisa buangan setinggi 45.7 meter dan 60.9 meter panjang milik syarikat perlombongan Nine Dragons (Mine Ayeyar).

    Mangsa yang cedera dirawat di hospital Hpakant.

    Kemalangan di kawasan perlombongan adalah perkara biasa di rantau Hpakant dan sebahagian besar kematian adalah disebabkan oleh tanah runtuh. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda