Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanah runtuh: 7 hilang di Guangzhou, China

    GUANGZHOU, 6 OGOS – Kejadian tanah runtuh akibat hujan menyebabkan tujuh orang hilang di Guangzhou, ibu negeri Wilayah Guangdong di selatan China pagi tadi , lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan.

    Seramai 14 orang terperangkap dalam kejadian kira-kira 8:30 pagi di Kampung Dayuan di Daerah Baiyun, dengan beberapa rumah turut rosak.

    Sehingga tengah hari, pasukan penyelamat telah mengeluarkan tujuh mangsa dari bawah runtuhan dan kesemua mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil.

    Penduduk berhampiran telah dipindahkan dan kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda