Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanah runtuh: Angka kematian meningkat kepada 30

    YAOUNDE, 10 Okt – Pasukan penyelamat mengeluarkan tiga lagi mayat yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Yaounde, ibu negara Cameroon, menjadikan jumlah kematian kepada 30 orang, lapor Xinhua memetik pegawai penyelamat.

    Pasukan Pemadam Kebakaran Kebangsaan yang bertanggungjawab dalam usaha menyelamat berkata operasi masih dijalankan di lokasi bencana dengan puluhan lagi dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan.

    Kejadian itu berlaku pada 8 malam (Ahad), waktu tempatan di kawasan kejiranan berbukit Mbankolo di Yaounde, selepas hujan lebat berterusan

    Kira-kira 25 buah rumah telah dihanyutkan banjir.

    Menteri Pentadbiran Wilayah Paul Atanga Nji melawat tapak bencana awal Isnin dan berkata sebahagian daripada mereka yang diselamatkan dalam tragedi itu kini menerima rawatan di hospital. – Bernama

    Foto menunjukkan sebahagaian rumah yang telah musnah disebabkan oleh tanah runtuh di daerah Mbankolo, barat laut Yaounde kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda