Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanah runtuh, banjir kilat ragut lima nyawa di Filipina

    MANILA, 16 JULAI – Sekurang-kurangnya lima orang terkorban akibat tanah runtuh dan banjir kilat yang dicetuskan oleh hujan lebat yang melanda Bandar Zamboanga di selatan Filipina, kata jurucakap agensi pencegahan bencana tempatan, hari ini.

    Elmeir Apolinario dari Pejabat Pengurangan Risiko Bencana dan Pengurusan Bandaraya Zamboanga berkata, empat mangsa maut akibat tanah runtuh manakala seorang lagi lemas.

    Apolinario berkata, mayat kelima-lima mangsa, termasuk seorang ibu berusia 29 tahun dan anak lelakinya berusia enam tahun serta seorang bapa berusia 47 tahun dan anak lelakinya berusia 10 tahun, telah ditemui.

    Apolinario menjelaskan, hujan lebat pada malam Jumaat mencetuskan dua kejadian tanah runtuh dan banjir besar di bandar itu, menjejaskan sekurang-kurangnya 4,000 keluarga.

    Bandar Zamboanga merupakan salah satu daripada lima wilayah di Mindanao yang terjejas oleh banjir dan tanah runtuh pada hujung minggu lalu, melibatkan lebih 60,000 keluarga. – Xinhua

    Gambar ANN The Star
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda