CONAKRY, 22 OGOS – Kira-kira 15 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh berhampiran ibu negara Guinea, Conakry, kata sumber hospital kepada AFP kelmarin.
Tanah runtuh berlaku pada malam Rabu di kawasan Maneah selepas hujan lebat. Pekerja penyelamat, termasuk tentera, sedang mencari mangsa yang terselamat pada petang kelmarin.
Kira-kira 10 yang cedera telah dibawa ke hospital di bandar berdekatan Coyah, kata Agensi Kebangsaan bagi Pengurusan Kecemasan dan Kemanusiaan Bencana (ANGUCH).
“Sumber logistik yang besar telah digunakan untuk membantu operasi menyelamat, dijalankan dengan kerjasama rapat penduduk tempatan, yang membimbing pasukan ke kawasan paling berisiko,” kata Menteri Pembangunan, Mory Conde.
Tanah runtuh adalah perkara biasa di Guinea semasa musim hujan, yang berlaku dari Jun hingga September dan diburukkan lagi oleh pembangunan bandar yang teruk di lereng gunung dan kawasan terdedah kepada banjir.
Sejak permulaan musim ini, ANGUCH telah merekodkan kira-kira 50 kematian berkaitan cuaca. – AFP


