HANOI, 16 MEI – Sekurang-kurangnya lima pekerja maut dan tiga lagi cedera pada Jumaat susulan kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan loji hidrokuasa di wilayah pergunungan utara Lai Chau, Vietnam, menurut Agensi Berita Vietnam, lapor Xinhua.
Insiden berlaku sekitar pukul 10:30 pagi di loji hidrokuasa Ta Pao Ho 1A di Daerah Phong Tho.
Kejadian tanah runtuh itu berlaku ketika kerja-kerja penggalian di tapak asas empangan apabila sebahagian benteng jalan runtuh.
Tanah dan batuan meluncur ke bawah, menimbus beberapa pekerja di tapak berkenaan.
Pihak berkuasa telah melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. – Bernama
