Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanah runtuh Indonesia ragut 10 nyawa

    JAKARTA, 9 JULAI – Tanah runtuh yang berlaku di sebuah lombong emas di Bone Bolango, wilayah Gorontalo, Sulawesi, Indonesia pada Ahad dilaporkan mengorbankan 10 nyawa, dengan 43 individu masih belum ditemui.

    Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Abdul Muhairi hari ini berkata jumlah mangsa yang hilang itu disahkan oleh agensi pengurusan bencana daerah.

    Beliau dalam satu kenyataan berkata operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan lebih 200 anggota di Kampung Tulabolo, daerah Suwawa Timur, dihentikan buat sementara pada jam 6 petang Isnin akibat hujan lebat.

    “Pihak berkuasa mengutamakan keselamatan anggota dan komited untuk meneruskan usaha pencarian apabila keadaan bertambah baik,” katanya.

    Abdul Muhari berkata operasi itu berdepan cabaran besar, termasuk keadaan tanah yang tidak stabil dan jalan yang tidak dapat dilalui ke kawasan terjejas, yang memerlukan perjalanan selama sembilan jam dengan berjalan kaki untuk sampai ke lokasi. – Bernama

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda