JAKARTA, 15 MAC – Dua orang maut dan empat lagi hilang selepas tanah runtuh melanda bandar Bogor berhampiran ibu negara Indonesia, Jakarta, kata pegawai kanan agensi pe-ngurusan bencana tempatan hari ini.
Sebelas orang terselamat dalam kejadian tersebut yang melanda bandar itu pada 11:49 malam waktu tempatan kelmarin, beberapa orang daripada mereka mengalami kecederaan serius, kata Ahmad Maulana, pegawai media agensi pengurusan dan mitigasi bencana di bandar itu.
“Hujan lebat mencetuskan tanah runtuh, enam rumah dan sebuah masjid musnah,” katanya kepada Xinhua menerusi telefon.
Kejadian itu turut menjejaskan pengangkutan kereta api dari bandar Bogor ke daerah Sukabumi di wilayah Jawa Barat, menurutnya.
Usaha mencari mangsa yang hilang sedang dijalankan.
“Kami akan mencari mang-sa dengan usaha maksimum,” ketua pejabat mencari dan menyelamat Jakarta bernama Fazzli memberitahu Xinhua dalam satu pesanan teks. – Xinhua
