Thursday, January 30, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanah runtuh Miri: Mayat remaja lelaki ditemukan

    KUCHING, 29 JAN – Mayat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri awal pagi tadi ditemukan kira-kira jam 6:17 pagi melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun.

    Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam laporan terkini memaklumkan mayat itu dijumpai dalam runtuhan di satu daripada dua rumah yang ditimpa tanah runtuh dalam kejadian pada jam 2:58 pagi itu.

    Usaha kini tertumpu kepada pencarian empat lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam insiden berkenaan yang terdiri daripada dua wanita dewasa berumur 71 dan 41 tahun, serta dua kanak-kanak perempuan berusia lapan dan 12 tahun.

    Tujuh lagi penghuni di dalam kedua-dua rumah yang terjejas itu berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian terbabit. – BERNAMA

    – Gambar oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba Malaysia
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda