Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanah runtuh: Penambahan jentera pada hari keempat

    KUALA LUMPUR, 19 DIS – Hari keempat Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, dekat Batang Kali, terus dipergiat dengan penambahan aset dan diperluaskan di luar kawasan operasi seperti di sungai dan lokasi sekitar.

    Setakat jam 8 malam ini, sembilan mangsa masih hilang dengan 24 mangsa disahkan maut dan 61 mangsa selamat dalam kejadian awal Jumaat lalu.

    Pasukan SAR hari ini menerima dua lagi jentera berat baharu jenis PC 210 LC-10M milik 91 Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 Rej Bantuan RAJD) Kem Batu Kentonmen, di sini, yang dibawa khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada sekitar jam 2 petang tadi.

    Penambahan dua jentera berat itu menjadikan jumlah keseluruhan jentera pengaut yang digunakan dalam operasi SAR itu adalah sebanyak 10, selain penggunaan dua alat Ground Penetrating Radar yang digunakan sejak semalam, bagi membantu proses pencarian mangsa insiden runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter (m) dan setinggi 70m itu.

    Sementara itu, tujuh anggota pasukan ‘sweeper’ dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah digerakkan di luar lokasi utama bencana (ground zero) memandangkan penggalian runtuhan tanah di kawasan disektorkan sudah capai tahap negatif iaitu sehingga mencecah tanah asal tapak perkhemahan. – Bernama

    Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) membawa alat ‘Ground Pene-trating Radar’ ke lokasi operasi mencari dan menyelamat di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya pada 19 Disember. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda