Wednesday, July 17, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Tanah runtuh sekitar Masilau di kaki Gunung Kinabalu terkawal

    RANAU, 24 JUN – Pemantauan di kawasan kejadian tanah runtuh sekitar Mesilou, Kundasang di kaki Gunung Kinabalu di sini pagi tadi oleh lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, serta tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia mendapati, keadaan adalah terkawal.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata pemantauan rapi mendapati kejadian runtuhan di kaki Gunung Kinabalu itu berada jauh dari kawasan perumahan dan tidak menjejaskan kampung berhampiran.

    “Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini. Operasi di tempat kejadian ditamatkan pada pukul 4 petang, namun pemantauan situasi akan dibuat dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Terdahulu BBP Ranau menerima laporan awal daripada Taman-Taman Sabah mengenai kejadian runtuhan yang mula berlaku di kawasan itu pada pukul 1:20 pagi tadi, sebelum disusuli dengan kejadian banjir lumpur pada pukul 5 pagi.

    Sementara itu Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Maklarin Lakim berkata runtuhan yang berlaku melibatkan kawasan di ulu Sungai Mesilau yang terletak dalam Taman Kinabalu, jauh dari laluan pendaki gunung itu. – Bernama

    Gambar ANN The Star
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Nepal, India kerjasama cari mayat hilang tragedi bas hanyut

    KATHMANDU, 17 JULAI – Pihak berkuasa tempatan sedang berkerjasama dengan pegawai sempadan daerah India untuk mencari mayat dalam kemalangan Simaltal, di mana tanah runtuh...