Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanah tandus Artik terancam

    PARIS, 11 April – Tanah tandus sub-Artik yang beku dan penuh dengan gas rumah hijau lebih mudah terdedah kepada pemanasan global berbanding apa yang difahami sebelum ini, saintis memberi amaran pada Isnin.

    Walaupun iklim dunia distabilkan pada dua darjah Celsius di atas paras sebelum ledakan industri, matlamat menakutkan Perjanjian Paris yang disertai 196 buah negara akan menyaksikan tanah tandus artik cair lebih daripada 40 peratus atau hampir dua kali ganda saiz India, menurut laporan jurnal Nature Climate Change.

    Sasaran itu boleh mengambil masa beberapa abad atau lebih tetapi akhirnya akan memacu suhu global jauh lebih panas kerana lebih banyak gas akan terlepas ke udara.

    Kadang-kadang ia dipanggil bom jangka perubahan iklim, di mana 15 juta kilometer persegi hemisfera utara yang tandus mengandungi jumlah karbon kira-kira dua kali ganda terutama dalam bentuk metana dan karbon dioksida (CO2) seperti atmosfera Bumi .

    Pada masa ini, atmosfera mengandungi kira-kira 400 bahagian per juta CO2 atau 30 peratus lebih daripada apabila pemanasan disebabkan oleh aktiviti manusia bermula pada pertengahan abad ke-19.

    “Kami menganggarkan empat juta kilometer persegi sub-Artik akan hilang pada setiap tambahan pemanasan,” kata penulis bersama laporan Sebastian Westermann, yang juga pensyarah kanan di Universiti Oslo.

    “Jumlah itu kira-kira 20 peratus lebih tinggi daripada anggaran sebelumnya,” katanya kepada wartawan.

    Pemanasan global akibat perbuatan manusia telah menyebabkan kepanasan planet ini naik 1 darjah Celcius dan dalam laluan untuk meningkat sekurang-kurangnya 2 darjah Celcius lagi menjelang akhir abad ini kecuali pelepasan global dikurangkan pada dekad akan datang, panel sains iklim PBB membuat kesimpulan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda