Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Tanam rasa mahabbah antara inti pati dialog

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MEI – Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal telah menghadiri Persidangan Dialog Antara Agama Doha ke-14 (DICID) anjuran Pusat Antarabangsa Dialog Antara Agama Doha dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negara Qatar dengan tema ‘Agama dan Ucapan Kebencian; Kitab Suci dan Praktik’, bertempat di Doha, Qatar, baru-baru ini.

    Hadir bagi merasmikan persidangan tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Qatar, Tuan Yang Terutama Sultan bin Saad Al-Muraikh.

    Tuan Yang Terutama dalam ucapan perasmiannya menekankan kepentingan perbincangan serius daripada semua pemimpin negara, ulama dan pemikir yang hadir pada persidangan tersebut dengan pelan tindakan dan inisiatif yang realistik bagi menghadapi semua bentuk ucapan kebencian; sama ada agama, falsafah, atau undang-undang dan menjelaskan tentang bahaya ucapan kebencian dalam masyarakat agar setiap orang menjalani kehidupan yang bebas, selamat dan bermaruah tanpa mengira agama, jantina atau warna kulit mereka.

    “Semua agama itu penuh dengan rahmat, menyeru kepada perdamaian dan kasih sayang antara manusia, memelihara nyawa dan menolak sebarang keganasan,” tegas beliau.

    Selain itu, acara penyampaian anugerah berprestij turut diadakan kepada tiga penerima yang telah menyumbang dan membawa mesej perdamaian dan persefahaman dalam pelbagai agama.

    Dr Haji Norarfan bersama Dr Haji Hambali semasa menghadiri DICID yang berlangsung di Doha, Qatar. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...