Tuesday, March 4, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanam semangat patriotik kepada kanak-kanak

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Bak pepatah Melayu, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, itulah konsep yang disampaikan kepada kanak-kanak Taman Asuhan PGGMB di mana sebagai usaha untuk memupuk serta menanamkan semangat patriotik dan cintakan negara, taman asuhan berkenaan tidak ketinggalan mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41 yang berlangsung di Taman Asuhan PGGMB, baru-baru ini.

    Hadir untuk sama-sama memeriahkan lagi acara sambutan berkenaan ialah Setiausaha Agung PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri; Penyelia Taman Asuhan PGGMB, Dayang Siti Rabiah binti Haji Mantin; serta kakitangan Taman Asuhan PGGMB.

    Selain daripada mendidik para murid untuk mengenal huruf, membaca dan mengira, kanak-kanak tamah asuhan berkenaan juga dididik dengan semangat rasa cintakan negara, bangsa, agama dan raja pada usia muda supaya ia dapat disemai di hati sanubari mereka.

    Acara sambutan dimeriahkan dengan aktiviti mewarnai bendera, peraduan pakaian yang tercantik serta penyampaian hadiah kepada anak-anak taman asuhan yang disempurnakan oleh Haji Mustapa.

    Antara aktiviti yang diadakan bagi memeriahkan acara sambutan itu. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Haji Mustapa bergambar ramai dengan anak-anak taman asuhan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN TAMAN ASUHAN PGGMB
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda