Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Tanam semangat raih pingat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Negara Brunei Darussalam akan menghantar kontinjen bagi menyertai Sukan Para ASEAN ke-12, Kemboja 2023 yang akan diadakan bermula pada 3 hingga 9 Jun nanti.

    Kontinjen Negara Brunei Darussalam dianggotai seramai 23 orang terdiri daripada 12 orang atlet dan 11 orang pegawai termasuk chef de mission, ketua urus setia, pegawai urus setia, pegawai perhubungan, fisioterapi, jurulatih dan penolong jurulatih.

    Sehubungan dengan itu, Majlis Penyerahan Bendera Negara kepada kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Para ASEAN ke-12, Kemboja 2023 telah diadakan kelmarin bertempat di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Hadir bagi menyempurnakan penyerahan bendera negara tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad, selaku tetamu kehormat.

    Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Pembantu Perkembangan Ugama, Pusat Pembangunan Belia, Awang Muhammad Nabil bin Haji Roslan, dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Setiausaha Tetap (Kesukanan) KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, selaku pengerusi majlis.

    Majlis diteruskan dengan ucapan daripada tetamu kehormat dan diselajurkan dengan penyerahan bendera Negara Brunei Darussalam kepada Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor selaku Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Para ASEAN ke-12, Kemboja 2023.

    Turut hadir di majlis berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hokseng; Setiausaha Tetap (Kebudayaan) KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Setiausaha Tetap (Kebeliaan) KKBS, Haji Zakaria bin Haji Serudin; Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) KKBS Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari; ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Pemilihan dan Penilaian Atlet Kebangsaan; persatuan-persatuan sukan kebangsaan; serta para ibu bapa dan penjaga.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, menyerahkan bendera negara kepada kepada Haji Ali Yusri pada majlis ber-kenan. – Gambar oleh Bahyiah Bakir
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...