Sunday, April 13, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanam sifat perpaduan masyarakat ASEAN

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 APRIL – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI meneruskan lagi Jerayawara Kenali ASEAN untuk membarigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negara ini, dengan berkunjung ke Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (Maktab Sains), kelmarin.

    Turut hadir pada taklimat yang diadakan auditorium maktab berkenaan ialah Pengetua Maktab Sains, Pengiran Hajah Norhashima binti Pengiran Haji Hassan dan para tenaga pengajar maktab tersebut.

    Taklimat Kenali ASEAN disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail kepada 158 orang pelajar Tahun 8 maktab tersebut.

    Menerusi taklimat itu antara lain untuk menanamkan kesedaran di kalangan para pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan Moto ASEAN: Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti.

    Para pelajar juga berkesempatan untuk mengikuti sesi Kuiz Kenali ASEAN. Pelajar-pelajar juga berpeluang mengikuti sesi Kuiz Kenali ASEAN dan sesi penyampaian hadiah telah disampaikan oleh pengetua maktab tersebut.

    Dalam hasrat untuk membarigakan mengenai ASEAN, ia juga sebagai usaha berterusan untuk menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) di kalangan pelajar-pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan, pada masa yang sama juga dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa nanti.

    Awang Eddy Iswandy menerangkan kepada para pelajar Maktab Sains mengenai fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Pengiran Hajah Norhashima dan Awang Eddy Iswandy serta pelajar-pelajar Maktab Sains bergambar ramai semasa taklimat tersebut. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda