Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanam sikap cintai alam sekitar

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Seperti kata pepatah ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’, dalam menanam sikap prihatin dan keinginan untuk menjaga serta memulihara alam semula jadi di kalangan para pelajar sedari kecil, Sekolah Rendah Kampung Mata-Mata, Kluster 1, telah mengadakan kegiatan kraf tangan daripada bekas botol air mineral terpakai yang berlangsung di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Hadir sama menyaksikan hasil kraf tangan ialah Penolong Guru Besar dan Guru Pengawas Pasukan Pengakap Tunas 1021, Dayang Norlipah binti Haji Kalong.

    Kegiatan yang disertai oleh ahli-ahli pengakap tunas sekolah berkenaan itu merupakan sebahagian daripada usaha bagi menyokong Sambutan Hari Kitar Semula Sedunia dalam menjaga dan memelihara kehijauan persekitaran serta untuk menerapkan kepada ahli-ahli pengakap tunas lebih kreatif untuk menghasilkan sesuatu daripada bekas bahan terbuang.

    Dayang Norlipah bersama pemimpin dan ahli-ahli pengakap tunas bergambar ramai setelah berjaya menghasilkan dua buah kerusi dan bakul membuang sampah daripada bekas bahan terbuang.

    Kegiatan bersama pemimpin dan guru pengawas itu telah dibahagikan kepada tiga kumpulan bagi memastikan ia mendapat hasil yang baik dalam peruntukan masa selama sejam waktu kegiatan kokurikulum sekolah.

    Para ahli pengakap tunas yang menyertai kegiatan itu melahirkan rasa gembira kerana mereka telah berjaya untuk menghasilkan dua buah kerusi bulat bersaiz kecil dan sebuah bakul tempat membuang sampah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda