Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanam sikap patriotik melalui RRP

    Oleh Normazlina M.D

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mac – Bagi memberikan kesedaran sivikdan semangat kenegaraan terutama kepada golongan remaja ke arah pembentukan minda dan moral positif, Jabatan Penerangan dengan kerjasama Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam (SMPIHM), Serasa, telah mengadakan Majlis Program Rakan Remaja Penerangan (RRP) di sekolah berkenaan, semalam.

    Lebih kurang 300 orang pelajar Tahun 9 dan 10 sekolah berkenaan mengikuti program itu.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Haji Azis bin Haji Nayan.

    Pengetua SMPIHM menyampaikan cenderahati kepada Haji Azis.

    Pengetua SMPIHM, Awang Omar Arif bin Abdullah Lasit semasa menyampaikan ucapan alu-aluan menjelaskan, Program RRP adalah satu pakej persembahan khusus untuk remaja bagi menyebarluaskan maklumat semasa, menanamkan semangat kenegaraan dan tanggungjawab sosial serta menjadikan remaja sebagai ejen dalam penyebaran maklumat yang positif dan berkesan kepada rakan sebaya.

    Program tersebut diisi dengan taklimat kenegaraan, persembahan tarian tradisional, nyanyian, persembahan syair dan dimeriahkan lagi dengan lawak jenaka dan kuiz kenegaraan.

    Dengan pendedahan program RRP ini, para pelajar akan dapat mempelajari ilmu kenegaraan untuk dijadikan panduan bagi cabaran pada masa hadapan sekali gus dapat mendidik dan meningkatkan sikap patriotik dan kecintaan terhadap Negara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda