MOZAMBIQUE – Dari jauh, Gunung Gorongosa nampak berlekak-lekuk. Lereng gunung bersejarah di Mozambique ini pernah dilitupi hutan hujan yang menghijau. Namun sekarang, cerun berkenaan meninggalkan kesan lubang yang dalam – hasil daripada aktiviti penebangan pokok berleluasa sehingga mendedahkan tanah-tanih dan menyebabkan kawasan tersebut menjadi kering-kontang, sekali gus meninggalkan pemandangan pokok renek dan rumput sahaja. Namun