ASKAOUN – Seorang budak lelaki berusia 10 tahun melaungkan azan tanda untuk mengerjakan solat di sebuah desa terpencil di pergunungan Atlas Maghribi, sekali gus mengumumkan masa untuk pergi ke ladang dan menghasilkan rempah paling mahal di dunia iaitu safron.
Panggilannya itu merujuk sepenuhnya kepada wanita warga emas, berjalan keluar dari kampung Askaoun sebelum matahari terbit dan pergi ke ladang safron serta mengutipnya di mana ia akan dijual ke seluruh dunia.
“Bukan sahaja bunga itu memanggil untuk dipetik, akan tetapi, ia juga turut memberikan apa yang ada di tangan anda,” kata penduduk Biya Tamir. Dia tidak tahu berapa umurnya, akan tetapi tubuhnya itu dianggarkan berusia enam puluhan namun semangatnya seperti seorang kanak-kanak.
Walaupun wanita warga emas ini membongkok untuk mengambil bunga di kedinginan pagi, namun mereka turut menyanyi dan berbual sesama sendiri dan mengambil bunga safron yang tumbuh mekar di mana bunga ini hanya tumbuh di beberapa buah tempat sahaja di muka bumi.
Maghribi merupakan antara lima pengeluar safron teratas di dunia, dengan pengeluaran sebanyak 6.8 tan pada tahun lepas mengikut Kementerian Pertanian, walaupun Iran adalah pengeluar yang lebih besar.

Bunga safron hanya akan kembang mekar selama dua minggu dalam setahun malah bunga tersebut mengandungi tiga stigma merah, di mana ia menjadi tidak berguna jika berbunga, memberikan tekanan kepada wanita untuk bekerja dengan cepat dan mantap.
Setiap langkah dilakukan dengan tangan dan jika stigma tidak dipilih dan dikeringkan dalam beberapa jam selepas dituai, kualiti bunga tersebut akan kurang, sehingga menjadikan tanaman safron merupakan satu aktiviti pertanian yang paling susah sehingga ada yang mengelarnya sebagai ‘Red Gold’.
“Sekurang-kurangnya penurunan 50 peratus khususnya pada musim ini berbanding tahun lepas dan petani sudah tidak berdaya,” kata Rachida Baha, presiden koperasi Tamghart Al Filahya, yang memberikan tumpuan untuk membantu petani-petani tersebut. “Kebanyakan wanita ini tidak menyedari betapa tingginya nilai bunga safron ini,” katanya. “Selama bertahun-tahun, wanita ini bekerja secara percuma, ramai yang masih berbuat demikian,” tambahnya.
Kampung ini tidak mempunyai perkhidmatan kesihatan yang berdekatan malah kesemua wanita melahirkan anak di rumah mereka. “Jika seseorang itu sakit, kami memberikannya sup dan bawa mereka ke tanah perkuburan,” kata Fatima Ait Tahadoucht, duduk bersama wanita lain bagi menarik keluar stigma safron, masing-masing memakai hijab berwarna-warni.
Mereka mula menerangkan tentang kesakitan, bengkak dan masalah kesihatan yang lain, tetapi perbincangan mereka terganggu disebabkan oleh nyanyian daripada rumah di sebelah.
“Musim bunga safron sebenarnya sukar tetapi masih ada masa bagi kami untuk melupakan kesedihan,” kata Khadija Safieddine, 23 tahun. “Kami sentiasa menyukai bunga safron,” tambahnya kepada media. – AP