
KUALA BELAIT, 27 Feb – Lebih 40 orang kalangan pelajar Tahun 7 Sekolah St James telah menghadiri Majlis Taklimat Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di dewan serba guna sekolah tersebut hari ini.
Majlis tersebut merupakan program berterusan Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui cawangan Penerangan Daerah Belait untuk menyemai rasa cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara di samping mengukuhkan semangat perpaduan, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut melalui lagu kebangsaan dan bendera negara. (Klik di sini untuk cerita lanjut)