Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanda hubungan erat

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb – Hampir 100 orang anak kapal dari tiga buah kapal Pasukan Pertahanan Maritim Jepun (JM-SDF) iaitu JS Sawagiri, JS Yamagiri dan JS Yamayuki yang berada di negara ini telah mengadakan Kempen Membersihkan Pantai Meragang, hari ini.

    Kempen berkenaan diadakan dengan kerjasama anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).

    Salah seorang anggota JMSDF yang menyertai kempen kebersihan itu berkata, aktiviti berkenaan akan menjadi satu kenangan yang sangat berharga, sambil menambah, dengan kerjasama anggota TLDB, ia akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua belah pihak.

    Anak kapal JMSDF ketika mengadakan Kempen Membersihkan Pantai Meragang bersama anggota TLDB.

    Menurut kenyataan dari Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada ketua delegasi tiga buah kapal JMSDF, Pegawai Pemerintah Escort Division 11, Kapten Isamu Kaji.

    Juga hadir semasa kunjungan hormat berkenaan ialah Duta Besar Jepun ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Motohiko Kato; Pegawai Pemerintah JS Yamagiri, Pemerintah Ryohei Kanemaru dan Pegawai Pemerintah JS Sawagiri, Pemerintah Mariko Tezuka.

    Kunjungan hormat berkenaan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan ketenteraan kedua-dua belah pihak dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu keselamatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda