Saturday, May 10, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanda penghargaan Hengyi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Hengyi Industries Sdn Bhd (Hengyi) telah menyumbangkan bekalan makmal yang diperlukan kepada Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan sebagai respons kepada permintaan mustahak kementerian.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Hengyi, di sini, hari ini, sumbangan itu merangkumi 110 botol Absolute Ethyl Alcohol sebanyak 55 liter, 20 botol Chemical Sterilant sebanyak 60 liter dan lapan unit alat pemadam kebakaran 25 kilogram yang diperlukan segera bagi makmal virologi dan akan digunakan untuk membantu pemprosesan ujian swab COVID-19 di dalam negara.

    Dalam kenyataan itu, Hengyi merakamkan perasaan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan dan semua petugas barisan hadapan atas usaha serta sumbangan mereka dalam mengesan dan mengurus penularan virus berkenaan di dalam negara untuk memastikan orang ramai selamat daripada pandemik itu.

    Hengyi akan terus menyediakan sokongan kepada Kementerian Kesihatan dan membantu dalam usaha untuk menangani penularan wabak COVID-19 di negara ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif Hengyi, Chen Lian Cai dan pegawai pengurusan kanan Hengyi bergambar ramai bersama sumbangan yang dihulurkan sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan. – Gambar serahan Hengyi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda