Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanda penghargaan SU YSHHB kepada pelajar

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Seramai 105 orang pelajar dari 35 buah kelas Sekolah Ugama (SU) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) telah me-nerima hadiah dan sijil pada Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Pelajar Cemerlang Peperiksaan Akhir Tahun 2019 yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah YSHHB, hari ini.

    Majlis juga diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pelajar lulus Peperik-saan Calon Sekolah Arab SU YSHHB tahun ini.

    Penyampaian hadiah-hadiah telah disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei I, Hajah Ruzaiha binti Haji Abdul Halim.

    Antara yang menerima hadiah dan sijil pelajar cemerlang ialah cucunda-cucunda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Pengiran Nur Aabidah Syifa dan Pengiran Nur Aleeyah Syifa.

    Guru Besar SU YSHHB, Awang Azmerul bin Haji Idris dalam ucapannya menjelaskan, majlis merupakan tanda penghargaan sekolah khususnya kepada pelajar-pelajar yang telah lulus dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun dan peperiksaan calon sekolah Arab tahun ini.

    Selain itu juga sebagai tanda kejayaan khususnya kepada guru-guru serta ibu bapa dan penjaga yang telah sama-sama berusaha memberikan pendidikan agama yang terbaik untuk anak-anak.

    Pada tahun ini, jelasnya lagi, sekolah telah menganugerahkan hadiah serta Sijil Pelajar Teladan SU YSHHB kepada Awang Abdul Sya’amil Afiq bin Awang Abdul Ja’afar, pelajar Darjah 6 Ta.

    Beliau seterusnya menjelaskan, Peperiksaan Calon ke Sekolah Arab, pada tahun ini mencapai tahap baik di mana daripda 28 calon yang mendaftar menduduki peperiksaan berkenaan, 19 calon iaitu melebihi separuh telah berjaya lulus dalam peperiksaan tersebut iaitu sebanyak 68 peratus.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah pelajar terbaik kepada tujuh orang pelajar.

    Pengiran Nur Aabidah Syifa menerima hadiah daripada tetamu kehor-mat majlis.
    Pengiran Nur Aleeyah Syifa bergambar bersama tetamu kehormat majlis selepas menerima hadiah.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda