Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanda sokongan bagi petugas barisan hadapan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Sebagai tanda sokongan kepada petugas barisan hadapan yang menaburkan bakti dalam menangani penularan wabak pandemik COVID-19, Intracorp (B) Sdn Bhd menyampaikan sumbangan berupa barangan elektrik kepada Kementerian Kesihatan untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

    Sumbangan berkenaan merupakan pelbagai peralatan elektrik termasuk Philips Air Purifier AC0820/30 sebanyak lima unit, lima unit Philips Air Purifier AC2887/30, Mistral 20” Metal Stand Fan, MISF2050 sebanyak tujuh unit, Mistral 16” Stand Fan, MSF040 sebanyak 10 unit dan Mimica Portable Fan with USB MRF500WH sebanyak 50 unit, yang diserahkan dalam majlis penyerahan sumbangan yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Barangan yang bernilai keseluruhan kira-kira $7,018 itu disampaikan oleh Ketua Pemasaran Intracorp, Lolita Carman Bito-on kepada Ketua Pegawai Eksekutif Tingkat 1, Kementerian Kesihatan, Haji Abdul Khalid As’ari bin Haji Azahari.

    Sumbangan tersebut diharapkan akan digunakan bagi memberikan pengaliran udara yang lebih baik di pelbagai kawasan dengan memperbaiki kualiti udara, mengekalkan udara bersih serta bagi memastikan pengaliran udara yang baik.

    Intracorp (B) Sdn Bhd bersama-sama dengan rakan kongsi jenama iaitu Samsung, Beko, Philips, Mistral, Kitchenaid dan Akira pada 19 April lalu telah melancarkan Kempen Stay Home Stay Safe bersempena dengan tempoh jualan Hari Raya di mana ia merupakan sebahagian daripada usaha syarikat berkenaan untuk memainkan peranan seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan mengekalkan penjarakan sosial serta inisiatif mereka agar semua pelanggan terus berada di rumah bagi menyokong usaha menangani wabak COVID-19.

    Kempen Stay Home Stay Safe Intracorp akan berlangsung sehingga Julai hadapan di mana mereka akan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk membawakan pelbagai barangan elektronik yang diperlukan kepada pelanggan mereka tanpa mereka perlu meninggalkan rumah masing-masing.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda