Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dinyalakan dengan lampu warna merah hingga 1 Oktober sebagai tanda sokongan kepada Sambutan Hari Jantung Sedunia 2023 yang jatuh pada 29 September.
Sambutan itu diraikan untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan menjaga jantung yang sihat melalui pelbagai aktiviti global.