Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanda terima kasih SMMH atas usaha gigih para pelajar

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 30 Nov – Bagi memberikan galakkan kepada para pelajar, Sekolah Menengah Muda Hashim (SMMH) telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Akademik bagi Pelajar Tahun 7, 9, 10, BTEC dan Pra-Vokasional yang berlangsung di dewan kumpul sekolah berkenaan, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan hadiah ialah Mantan Pengetua SMMH, Haji Ismail bin OKS Haji Tengah. Turut hadir ialah Pengetua SMMH, Haji Mohammad Saiful Bahrin bin Haji Sabli.

    Majlis menyaksikan beberapa kategori penyampaian hadiah antaranya penyampaian Hadiah Akademik Terbaik kepada 10 Teratas bagi Tahun 7, 9 dan 10, penyampaian Hadiah Akademik Terbaik kepada Tiga Teratas bagi Tahun 7, 9, dan 10, penyampaian Hadiah Galakan dan Motivasi sumbangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan kepada pelajar-pelajar 9SAP dan BTEC, penyampaian Hadiah Galakan dan Motivasi kepada pelajar-pelajar Pra-Vokasional, penyampaian Hadiah Galakan Akademik sumbangan daripada guru-guru Subjek Tahun 7, 9 dan 10.

    Haji Ismail semasa menyampaikan hadiah akademik terbaik kepada salah seorang pelajar yang meraih pencapaian 10 teratas.
    Antara pelajar-pelajar yang menerima hadiah akademik terbaik di majlis tersebut.

    Majlis penyampaian hadiah merupakan salah satu aktiviti tahunan sekolah sebelum musim cuti sekolah yang bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada para pelajar dan dijadikan sebagai motivasi para pelajar untuk meningkatkan lagi prestasi akademik mereka pada masa akan datang.

    Selain itu, ia juga sebagai tanda terima kasih kepada pelajar-pelajar, ibu bapa dan guru-guru yang banyak memberikan sokongan dalam meningkatkan motivasi para pelajar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda