Tandas awam lut sinar di taman Jepun

TOKYO, 10 SEPT – Ruang yang luas, bersih dan hampir sepenuhnya dapat dilihat dari luar, sebuah tandas awam yang unik telah dibina di taman Tokyo – tetapi mujurlah dinding tandas akan bertukar legap apabila anda mengunci pintu tandas.

Semasa tidak digunakan, tiga buah unit tandas yang lut sinar, dengan kaca berwarna ungu untuk tandas lelaki dan merah jambu untuk wanita, dan bilik dinding berwarna kuning dilengkapi dengan peralatan untuk menukar lampin anak kecil.

Dinding akan terus menjadi lut sinar dengan arus elektrik yang dipasang. Mengunci pintu tandas akan memutuskan arus elektrik, menjamin privasi pengguna dan bermakna pengguna tidak perlu risau terdedah jika secara tiba-tiba bekalan tenaga terputus.

Tandas-tandas tersebut adalah sebahagian daripada projek Yayasan Jepun, pertubuhan yang tidak mengaut keuntungan, arkitek terkenal yang ditugaskan untuk mengubah wajah kemudahan tandas awam. Unit-unit lut sinar di Taman Mini Yoyogi Fukamachi adalah hasil kerja arkitek Shigeru Ban, yang ingin mengatasi beberapa kerisauan terbesar orang ramai mengenai tandas awam, menurut pegawai perhubungan Yayasan Jepun, Kana Saji.

“Dengan menjadikan tandas-tandas lut sinar, kita boleh menghilangkan kerisauan orang ramai mengenai kebersihan dan juga dari segi keselamatan kerana anda boleh melihat tiada sesiapa yang bersembunyi di dalam,” katanya kepada AFP. – AFP

Tiga buah unit tandas yang lut sinar yang unik telah dibina di taman Tokyo. – AP