Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tandas emas karya seniman Itali dijual pada harga AS$12 juta

    NEW YORK, 19 NOV – Tandas emas rekaan seniman Itali, Maurizio Cattelan dijual pada harga AS$12.1 juta pada satu lelongan di New York, menurut rumah lelongan Sotheby’s pada Selasa, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Tandas itu diperbuat daripada kira-kira 101 kilogram (kg) emas 18 karat dan berfungsi sepenuhnya.

    Harga permulaan ditentukan berdasarkan harga emas pada hari lelongan, menurut Sotheby’s sebelum acara jualan berkenaan.

    Pada Selasa, 101kg emas 18 karat bernilai kira-kira AS$10 juta.

    Cattelan, 65, menghasilkan dua versi tandas itu pada 2016 dan menamakan kedua-duanya sebagai ‘America’.

    Sebuah tandas emas padu yang berfungsi sepenuhnya, dihasilkan oleh artis Itali Maurizio Cattelan, akan digunakan oleh orang awam di Muzium Guggenheim di New York pada 15 September 2016. – AFP

    Satu daripadanya dipamerkan di Muzium Guggenheim di New York sebelum ia dicuri pada 2019 dari Istana Blenheim di England ketika ia dipinjamkan untuk pameran.

    Versi kedua dijual kepada seorang pengumpul persendirian, yang kini bakal melelongnya.

    Menurut laporan media Amerika Syarikat (AS), pengumpul itu ialah bilionair Steve Cohen.

    Menurut rumah lelongan itu lagi, sebuah jenama terkenal dari Amerika memenangi bidaan tersebut.

    Cattelan dikenali sebagai seniman yang terkenal dengan hasil seni konseptual dan provokatif.

    Tahun lalu, sebiji pisang yang dilekatkan pada dinding menggunakan pita pelekat juga hasil karyanya dijual pada harga AS$6.2 juta di New York. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda