Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tandas unik berdinding kaca lut sinar

    TOKYO – Bagaikan salah satu aksi ahli silap mata, dinding dua tandas awam yang baru dibina di kawasan Shibuya di Tokyo boleh dilihat di dalam sebelum orang memasukinya, tetapi bertukar menjadi legap apabila pintu ditutup dan dikunci dari dalam.

    Tandas lut sinar itu, yang dibuka pada bulan ini, direka oleh arkitek Jepun terkenal Shigeru Ban untuk satu projek yang dianjurkan oleh

    Yayasan Nippon yang mereka semula sejumlah 17 tandas awam di kawasan tersebut.

    Matlamatnya adalah menjadikan ia boleh diakses sesiapa sahaja, tanpa mengambil kira umur ataupun jantina.

    “Mungkin saya rasa agak khuatir pada kali pertama, seperti adakah ia berfungsi? Adakah sesiapa yang berada di luar kaca dapat mengintai ke dalam?” kata Cecialia Lopez, seorang blogger pelancongan dari Argentina. “Namun saya fikir ia dibina lebih untuk keseronokan.”

    Dinding luar tandas mempunyai lapisan kaca yang masih kelihatan jernih apabila dipasang kepada arus elektrik. Apabila pintu dikunci, arus terputus dan filem khas membuat kaca kelihatan legap dan menyembunyikan pengguna, menurut Kana Saji daripada Yayasan Nippon.

    Yayasan itu berkata ia berhasrat mencapai komuniti di mana semua orang saling membantu di antara satu sama lain.

    “Ia benar-benar bersih, dan ia kelihatan seperti satu seni,” kata Tomoko Mizutani, penduduk Tokyo yang mengambil gambar tandas selepas menggunakannya. – AP

    Gambar menunjukkan tandas kaca lut sinar di Taman Mini Yoyogi Hukamachi di Tokyo. – AP
    Nasser Najafian, dari Tehran dan bekerja di Tokyo, keluar dari tandas kaca lut sinar selepas menggunakannya di Taman Mini Yoyogi Hukamachi di Tokyo pada 20 Ogos 2020. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda