DUBAI, 3 April – Abu Dhabi National Oil Company menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Abu Dhabi dengan Syarikat Minyak Arab Saudi semalam untuk bekerjasama dalam bidang teknologi, lapor agensi berita UAE WAM.
Di bawah syarat-syarat MoU di antara kedua-dua entiti yang dikawal oleh kerajaan, ADNOC dan Saudi Aramco akan bekerjasama untuk mengenalpasti teknologi yang boleh memberikan ‘prestasi operasi dan kecekapan yang lebih dalam rangkaian minyak dan gas.’
Al-Jaber berkata “UAE dan Kerajaan Arab Saudi berkongsi banyak matlamat strategic, dan kerjasama yang meningkat di antara ADNOC dan Saudi Aramco akan memastikan seterusnya kemapanan ekonomi dan tenaga jangka panjang kami.”
Abu Dhabi mempunyai 90 peratus daripada simpanan minyak di UAE, sementara negara Teluk pada keseluruhannya mempunyai tujuh peratus daripada simpanan minyak dunia.
Arab Saudi mempunyai rizab minyak kedua terbesar di dunia.
Nasser daripada Saudi Aramco berkata ADNOC dan Saudi Aramco, yang merancang menyenarai lima peratus dalam pasaran saham pada separuh tahun kedua 2018, mempunyai ‘rekod pelaburan yang berjaya’ dalam teknologi.
“Di samping rangkaian dalam firma mereka, kedua-dua syarikat mempunyai pelbagai hubungan kerjasama, di dalam dan luar negara, dengan institusi tenaga terkemuka,” tambah beliau.
Saudi Aramco juga menandatangani satu MoU dengan firma tenaga hijau Abu Dhabi Masdar, di mana pihak terbabit akan bekerjasama mengenai pembangunan mapan dan tenaga yang boleh diperbaharui untuk menghasilkan kemajuan dalam penghasilan elektrik bersih, dan penggunaan karbon untuk Arab Saudi, UAE dan dunia.
Masdar (bahasa Arab untuk sumber) adalah dimiliki oleh alat pelaburan kerajaan Abu Dhabi Mubadala, firma komersial tenaga yang boleh diperbaharui. – Xinhua