ROME, 6 Feb – Marco Parolo telah menjaringkan empat gol, tiga daripadanya menerusi tandukan, ketika Lazio membelasah pasukan tercorot Serie A, Pescara 6-2 kelmarin.
Hatrik melalui tandukan Parolo adalah sesuatu yang jarang, pertama kali dihasilkan di Itali sejak Jaoquin Larrivey mencapainya bagi Cagliari dalam kekalahan 6-3 kepada Napoli pada Mac 2012.
Kesemua mata terarah kepada Turin di mana juara bertahan dan pendahulu Serie A itu menewaskan Inter Milan dengan jaringan 1-0 menerusi Juan Cuadrado.
Pasukan di tangga kedua, Napoli, tiga mata di belakang Juventus dengan 48 mata, membelasah Bologna 7-1 di mana Marek Hamsik dan Dries Mertens menghasilkan hatrik.
AC Milan yang bergelut mengalami tamparan terbaru selepas kalah 1-0 di laman sendiri kepada Sampdoria menerusi sepakan penalti Luis Muriel, kekalahan ketiga berturut-turut dalam liga, sekali gus menjadi mereka semakin jauh bagi kelayakan Liga Juara-Juara.
Milan yang gagah sebelum ini ketinggalan 10 mata di belakang Roma di tempat ketiga dan slot terakhir bagi kelayakan Liga Juara-Juara, serta ketinggalan 17 mata di belakang Juventus.
Roma juga mampu menjarakkan lagi jurang mata mereka dengan kemenangan ke atas Fiorentina Rabu ini.
Ia adalah kemenangan pertam Sampdoria ke atas Milan sejak 2012, tetapi juga telah mencapai dua kemenangan besar selepas menewaskan Roma 3-2 minggu lepas apabila Luis Muriel juga menjadi wira dengan menjaringkan gol kemenangan. – AFP