Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tandukan Van Dijk selamatkan Liverpool

    LIVERPOOL, 1 DIS – Virgil van Dijk menjaringkan dua gol menerusi tandukan tajam semasa separuh masa pertama untuk memimpin Liverpool 2-1 menang ke atas Brighton dan 11 mata mendahului kedudukan dalam Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

    Ini merupakan satu perlawanan yang mendebarkan buat Liverpool, selepas penjaga gol Alisson Becker dibuang padang pada minit ke-76. Penggantinya, Adrian berdepan gol daripada sepakan percuma pihak lawan dan mengalami beberapa saat sukar sebelum wisel terakhir ditiup di Anfield.

    Namun, Liverpool berjaya memanfaatkan saingan utamanya, juara bertahan Manchester City, kehilangan lebih banyak mata setelah terikat 2-2 di Newcastle sebelum ini.

    Leicester boleh memperbaiki jurang mata ke atas Liverpool dengan lapan mata mengalahkan Everton pada Ahad ini.

    Dua hari sebelum van Dijk beroleh kejayaan jika dia memenangi Ballon d’Or sebagai pemain terbaik dunia untuk 2019, Van Dijk menjadi pemain terbaik untuk Liverpool kerana dia menunjukkan kecemerlangan di kedua-dua sudut padang.

    Virgil van Dijk meraikan jaringan selepas mencetak gol kedua semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Brighton di Stadium Anfield, Liverpool, England – AP

    Pertahanan Belanda itu melakukan lompatan tinggi bagi memberikan sentuhan tendangan bebas dari Trent Alexander-Arnold dengan tandukan yang menerjah ke tengah gawang Brighton, penjaga gol Mat Ryan.

    Enam minit kemudian, pasangan gabungan Alexander-Arnold sekali lagi membuat tendangan melengkung di sudut dan Van Dijk berlari menuju bola yang berdekatan dengan pos, mengalahkan Lewis Dunk, dan mencipta satu tandukan lagi buat Liverpool.

    Tidak ada pemain pertahanan Liga Perdana menjaringkan gol lebih dari tujuh gol Van Dijk sejak awal musim lalu, sementara itu, Alexander-Arnold mempunyai 17 assist dalam tempoh itu.

    Ryan menyelamatkan bola dengan baik dari Sadio Mane dan Roberto Firmino sebelum permainan dicemari dengan layangan kad merah kepada Alisson, yang menggunakan tangan kanannya untuk menghentikan percubaan lob dari Leandro Trossard di luar kawasan permainan.

    Adrian, penjaga gol simpanan masuk sebagai pertukaran pemain yang ketiga buat Liverpool, ketika dia baru masuk ke dalam padang dan berdepan dengan gol tendangan percuma, Dunk bertindak melancarkan tendangan tepat di sudut gawang.

    Adrian berjaya menyelamatkan beberapa percubaan dalam minit-minit terakhir dan hampir-hampir melepaskan gol di gawang sendiri ketika kegelisahan berlaku di stadium. –AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda