Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tang Jie-Ee Wei digandingkan semula – BAM

    KUALA LUMPUR, 16 APRIL – Beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kembali digandingkan dalam usaha memperkukuh cabaran Malaysia di pentas antarabangsa.

    Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam pengumuman menerusi laman Facebook hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat susulan permintaan daripada kedua-dua pemain serta hasil perbincangan menyeluruh antara pasukan kejurulatihan dan pemain.

    “Pasangan yang pernah mencapai ranking tertinggi dunia iaitu di kedudukan ketiga, akan memberi tumpuan semula ke pentas antarabangsa, bermula dengan Terbuka Singapura (27 Mei hingga 1 Jun) dalam usaha mengembalikan prestasi terbaik mereka,” menurut kenyataan itu.

    Pada 28 Mac, BAM mengumumkan gandingan itu dipisahkan untuk kejohanan akan datang selain memberi ruang kepada jurulatih mencuba kombinasi baharu susulan ketegangan dalam hubungan mereka sejak temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

    Semalam, Tang Jie dan Ee Wei disenaraikan dalam Program Road to Gold (RTG) dalam misi memburu pingat emas di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA2028). – Bernama

    Toh Ee Wei (kanan) dan Chen Tang Jie bermain dalam satu mata semasa perlawanan akhir beregu campuran menentang pasangan China, Huang Yaqiong dan Zheng Siwei, pada Kejohanan Akhir Jelajah Dunia Badminton BWF di Hangzhou, wilayah Zhejiang di timur China pada 15 Disember 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda